Dera anak saudara: Suami isteri direman tujuh hari

Laporan Sinar Harian pada Jumaat mengenai pasangan suami isteri warga tempatan diberkas dipercayai terlibat dalam kes penderaan dua kanak-kanak di sebuah kondominium di Taman Cahaya di sini.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat mengenai pasangan suami isteri warga tempatan diberkas dipercayai terlibat dalam kes penderaan dua kanak-kanak di sebuah kondominium di Taman Cahaya di sini.
A
A
A

AMPANG - Sepasang suami isteri direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penderaan dua kanak-kanak berusia enam dan lapan tahun yang merupakan anak saudara suspek.

Reman terhadap kedua-dua suspek berusia 29 dan 33 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang Jaya pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, reman pasangan suami isteri itu bermula Sabtu.

"Kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 6 petang semalam (Jumaat).

"Suspek wanita yang menjaga dua adik-beradik itu sejak dua tahun lalu selepas bapa kepada kanak-kanak itu meninggal dunia merupakan adik kepada ibu mangsa.

"Ibu kanak-kanak itu dikatakan tidak mahu menjaga anaknya sebelum diserahkan kepada suspek untuk penjagaan," katanya pada Sabtu.

Pada Jumaat, seorang kanak-kanak lelaki bertindak nekad melarikan diri melalui tingkap di tingkat empat sebuah kondominium di Taman Cahaya di sini selepas dipercayai didera dan dikurung.

Mangsa yang disyaki didera berdasarkan kesan pada tubuh badannya berjaya diselamatkan oleh orang awam.

Artikel Berkaitan:

Turut ditemui adik perempuan mangsa berusia enam tahun yang mempunyai kesan kecederaan lebam di bahagian kaki, tangan dan belakang badan dipercayai akibat penderaan.

Kedua-dua mangsa telah dirujuk ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan.

Kes disiasat di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.