Kes pecah rumah: Polis tingkat rondaan di Putrajaya

Polis meningkatkan kekerapan rondaan susulan peningkatan kes pecah rumah dan samun yang dilaporkan di sekitar kawasan Putrajaya sejak kebelakangan ini.
Polis meningkatkan kekerapan rondaan susulan peningkatan kes pecah rumah dan samun yang dilaporkan di sekitar kawasan Putrajaya sejak kebelakangan ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis meningkatkan kekerapan rondaan susulan peningkatan kes pecah rumah dan samun yang dilaporkan di sekitar kawasan Putrajaya, di sini sejak kebelakangan ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, pihaknya telah mengarahkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya untuk menjalankan operasi bersepadu untuk mengesan penjenayah terbabit.

"Saya juga sudah minta Ketua Polis Daerah untuk membuat operasi khas dan meningkatkan kekerapan rondaan.

"Kita kesan beberapa sasaran mudah bagi penjenayah terutama di pinggiran bandar dan kawasan ini akan ditingkatkan rondaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini pada Selasa.

Pada 14 September Sinar Harian melaporkan, polis giat memburu tiga lelaki warga Indonesia dipercayai terlibat kes pecah rumah dan samun bersenjata yang mengakibatkan kerugian RM41,000 di sebuah rumah di Presint 11, Putrajaya di sini.

Susulan itu, kumpulan sama disyaki sekali lagi memecah masuk sebuah rumah di sekitar Presint 9, Putrajaya, dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu, mangsa seorang ahli perniagaan sedang tidur sebelum dikejutkan dengan kehadiran tiga lelaki warga Indonesia bersenjatakan parang dan kayu.

Dalam pada itu, Yahaya mengesahkan pihak polis telah berjaya menahan dua orang lelaki disyaki terlibat dalam kes pecah rumah terbabit bagaimanapun siasatan masih di peringkat awal dan maklumat lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan: