Air Selangor bantu 200 keluarga B40

Abas (tengah) menyampaikan sumbangan Box of Hope kepada salah seorang penerima yang tinggal di Pangsapuri Rimba Jaya, Shah Alam, baru-baru ini.
Abas (tengah) menyampaikan sumbangan Box of Hope kepada salah seorang penerima yang tinggal di Pangsapuri Rimba Jaya, Shah Alam, baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sesama Mara memberikan sumbangan kepada 200 keluarga yang merupakan komuniti B40 sempena ulang tahun ketiga.

Air Selangor dalam satu kenyataan berkata, bantuan barangan makanan asas, Box of Hope, diserahkan kepada penerima yang tinggal di Pangsapuri Rimba Jaya, Shah Alam, baru-baru ini.

Menurut kenyataan itu, serahan sumbangan dibuat oleh Pengarah/Ketua Operasi Air Selangor, Ir. Abas Abdullah yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM), Johan Halid dan Pengarah Taylor’s Me.Reka Makerspace, Mike Choong.

“Sehingga September 2022, sebanyak 2,455 kotak Box of Hope telah diagihkan kepada komuniti B40 dan rumah kebajikan terpilih di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Pengagihan kotak Box of Hope dilaksanakan hasil kerjasama bersama YFBM dengan penumpuan khusus untuk komuniti B40,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, kaedah sumbangan Box of Hope dalam bentuk pembelian fizikal boleh dilakukan di lima lokasi Box of Hope Village Grocer iaitu Tamarind Square Cyberjaya, MyTown Cheras, 1 Mont Kiara, I-City Mall Shah Alam dan Melawati Mall Ampang.

Abas (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima yang tinggal di Pangsapuri Rimba Jaya, Shah Alam, baru-baru ini.
Abas (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima yang tinggal di Pangsapuri Rimba Jaya, Shah Alam, baru-baru ini.

Orang ramai juga boleh menghulurkan sumbangan ikhlas melalui akaun bank CIMB Bank Bhd 80-0798511-8 dengan menyertakan nota catatan Bantuan Inisiatif Box of Hope.

Selain itu, Air Selangor turut melancarkan inisiatif Box of Hope versi digital yang membolehkan orang ramai menyalurkan sumbangan secara digital melalui laman sesawang www.airselangor.com/boxofhope/.

Artikel Berkaitan:

Menurut kenyataan itu, menerusi inisiatif Memperkasakan Pembelajaran Dalam Talian pula, Air Selangor juga mengagihkan sumbangan peranti digital ke pusat komuniti Pangsapuri Rimba Jaya bagi membantu sesi pembelajaran secara dalam talian bagi anak-anak keluarga B40.

“Inisiatif berterusan ini mula dilancarkan pada Ogos lalu di PPR Kota Damansara, hasil kerjasama dengan Taylor’s Me.Reka Makerspace, sebuah hab pembelajaran yang diasaskan Taylor’s University.

“Air Selangor berharap bantuan dihulurkan sedikit sebanyak dapat membawa kegembiraan di samping memperkukuhkan hubungan bersama pelbagai lapisan masyarakat seperti komuniti setempat, persatuan penduduk, pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan,” kata kenyataan itu.