55 tan daging kerbau tanpa tulang dari India dirampas

Sebanyak 55 tan daging kerbau tanpa tulang sejuk beku dari India telah dirampas Maqis di Pelabuhan Kuantan di sini pada pagi Selasa.
Sebanyak 55 tan daging kerbau tanpa tulang sejuk beku dari India telah dirampas Maqis di Pelabuhan Kuantan di sini pada pagi Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 55 tan daging kerbau tanpa tulang sejuk beku dari India telah dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri Pahang di Pelabuhan Kuantan di sini pada pagi Selasa.

Maqis dalam satu kenyataan menyatakan, rampas itu dibuat hasil pemeriksaan rutin dilakukan pegawai penguat kuasa Maqis yang mendapati sebuah syarikat tempatan yang membawa masuk bekalan terbabit mempunyai maklumat mengelirukan dalam pengimportan bahan dagangan.

Menurutnya, modus operandi digunakan syarikat berkenaan adalah dengan mengisytiharkan maklumat permit yang tidak sama dengan sijil halal dan sijil kesihatan veterinar.

"Susulan itu, barang dagangan yang dianggarkan bernilai RM871,000 telah dirampas untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana memberikan maklumat yang mengelirukan dalam pengimportan di bawah akta ini.

"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," demikian menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Maqis akan terus memperketatkan kawalan sempadan dan tiada kompromi ke atas biosekuriti barangan yang dibawa masuk dari luar negara.

Tegasnya, ini bagi memastikan keluaran pertanian mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Artikel Berkaitan: