Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 landa perairan Batu Pahat

BATU PAHAT – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 dikesan berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada jam 12.10 tengah malam, Isnin.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan, gempa bumi itu berlaku pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.
Menurut kenyataan itu, pusat gempa terletak kira-kira 19 kilometer barat daya Batu Pahat, Johor dan 106 kilometer barat laut Tanjung Balai-Meral, Indonesia.
Bagaimanapun, gempa bumi berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian gempa bumi menerusi laman sesawang rasmi MetMalaysia di mygempa.met.gov.my.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

