Ratu Elizabeth II dimakam di Istana Windsor

Jasad Ratu Elizabeth II di dalam keranda disimpan di gereja kecil St George terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke Gereja Kecil Peringatan Raja Georga VI di Istana Windsor pada Isnin. - Foto AP
Jasad Ratu Elizabeth II di dalam keranda disimpan di gereja kecil St George terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke Gereja Kecil Peringatan Raja Georga VI di Istana Windsor pada Isnin. - Foto AP
A
A
A

LONDON - Keranda yang mengandungi jasad bekas pemerintah United Kingdom (UK), mendiang Ratu Elizabeth II akhirnya dimakamkan di sebuah gereja kecil di Istana Windsor, Berkshire, England pada Isnin.

Jasad mendiang ratu itu dmakamkan di Gereja Kecil Peringatan Raja George VI di istana tersebut pada waktu malam.

Keluarga diraja telah memberikan penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II selepas jasad mendiang dikebumikan di sebelah makam suaminya, mendiang Putera Philip di gereja kecil tersebut.

Sebelum dimakamkan, jasad Ratu Elizabeth II yang berada di dalam keranda diturunkan ke dalam lubang kecil buat sementara di gereja kecil St George di Istana Windsor.

Ia merupakan acara simbolik kecil dengan mahkota mendiang ratu yang diletakkan di atas kerandanya itu turut dialihkan.

Dalam majlis keagamaan itu, pemerintah Britain, Raja Charles III, isteri dan keluarga diraja lain termasuk anakandanya, Putera William merangkap Putera Wales dan Putera Harry turut hadir.

Keranda yang mengandungi jasad Ratu Elizabeth II kemudian dipindahkan ke Gereja Kecil Peringatan Raja George VI.

Gereja kecil tersebut mengandungi makam Raja George VI, bonda ratu dan abu Puteri Margaret iaitu adiknya serta suami bekas pemerintah UK itu, mendiang Putera Philip.

Artikel Berkaitan:

Suami Ratu Elizabeth II itu mangkat pada tahun lalu setelah berkahwin selama 73 tahun dengannya.

Sebelum ini, Ratu Elizabeth II mangkat di Istana Balmoral, Scotland ketika berumur 96 tahun setelah kesihatannya merosot pada 8 September lalu. - Agensi