Putera Philip meninggal dunia

Putera Philip, suami kepada Ratu Elizabeth II meninggal dunia pada Jumaat di Istana Windsor pada usia 99 tahun. - Foto Leon NEAL / AFP
Putera Philip, suami kepada Ratu Elizabeth II meninggal dunia pada Jumaat di Istana Windsor pada usia 99 tahun. - Foto Leon NEAL / AFP
A
A
A

LONDON - [DIKEMAS KINI] Putera Philip, suami kepada Ratu Elizabeth II meninggal dunia di Istana Windsor pada Jumaat ketika berusia 99 tahun.

Perkara itu dimaklumkan menerusi Twitter The Royal Family.

"Dengan dukacitanya, baginda ratu mengumumkan kematian suaminya, Duke Of Edinburgh, Putera Philip.

"Putera Philip meninggal dunia di Istana Windsor," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Ratu Elizabeth II.

Pada pertengahan Februari lalu, Putera Philip dimasukkan ke Hospital King Edward VII di London selepas dilaporkan tidak sihat.

Mendiang kemudian dipindahkan ke Hospital St Bartholomew pad 1 Mac lalu selepas dua minggu dirawat.

Kenyataan akhbar Istana Buckingham memaklumkan bahawa Putera Philip dibawa ke hospital atas nasihat pihak doktor sebagai langkah berjaga-jaga.

Sepanjang menerima rawatan, Putera Philip hanya menerima kunjungan daripada putera sulungnya yang juga pewaris takhta, Putera Charles.

Artikel Berkaitan:

Penyakit yang dihidapi Putera Philip dipercayai tiada kaitan dengan virus Covid-19.

Putera Philip dan Ratu Elizabeth, 95, menjadi antara yang terawal di Britain menerima suntikan vaksin Covid-19 iaitu pada 11 Januari lalu. -Agensi