Menyamar anggota polis samun warga asing

Ismail menjelaskan kes tersebut pada sidang media.
Ismail menjelaskan kes tersebut pada sidang media.
A
A
A

PASIR GUDANG - Dua individu ditahan selepas melakukan samun dengan menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD Seri Alam, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Ismail Dollah berkata, tangkapan ke atas dua suspek terdiri daripada lelaki dan wanita berusia lingkungan 30an itu dibuat hasil maklumat serta risikan dilakukan.

“Kita buat tangkapan seorang lelaki dan seorang perempuan ekoran daripada satu laporan polis dibuat oleh seorang warga asing di kawasan Pasir Gudang di mana dia (mangsa) telah menyatakan bahawa seorang perempuan dan seorang lelaki telah menyamar sebagai polis dan meminta pasport.

“Kemudian mangsa gagal menunjukkan dokumen tersebut dan suspek telah mengarahkan supaya mangsa naik motosikal dan dibawa ke satu taman permainan berhampiran.

"Di taman tersebut, mangsa telah disamun, diambil telefon bimbitnya, dipukul kemudian ditinggalkan di situ,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di sini hari ini.

Ismail berkata, susulan daripada laporan polis dibuat pada 12.09 pagi itu, pihaknya berjaya menahan dua suspek terbabit sekitar jan 3.30 petang di dua lokasi berasingan selain merampas telefon bimbit yang diambil daripada mangsa selain motosikal digunakan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

“Kedua-dua suspek berkemungkinan adalah kawan dan bukan suami isteri. Polis akan memohon reman tiga hari ke atas mereka pada hari ini.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa merupakan warga Bangladesh berusia 24 tahun,” katanya.