Selangor negeri tumpuan utama pelancong domestik

Infografik dikongsi MOTAC menerusi hantaran di laman Facebooknya.
Infografik dikongsi MOTAC menerusi hantaran di laman Facebooknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Selangor menjadi negeri tumpuan utama pelawat domestik di Malaysia dengan mencatatkan kehadiran 10.2 juta pelancong pada tahun lalu.

Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), penilaian itu berdasarkan Survei Pelancongan Domestik yang dilaksanakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi tahun 2021.

"Tahniah Selangor menjadi negeri tumpuan utama pelawat domestik pada tahun 2021 dengan kehadiran 10.2 juta pelancong," kata MOTAC menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.

Lain-lain negeri yang menjadi tumpuan pelawat domestik adalah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Sarawak, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Selangor menjadi destinasi paling digemari pelancong China untuk tempoh lima tahun berturut-turut bermula 2017 sehingga tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad berkata, pengembara dari negara itu menyumbang 26 peratus daripada jumlah keseluruhan ketibaan pelancong asing ke Selangor pada 2021.

Menurutnya, pelawat dari Singapura pula mencatat kehadiran kedua tertinggi dengan lapan peratus diikuti Jepun (tujuh peratus) manakala 59 peratus lagi adalah pelancong domestik.

Pada 2018, Selangor mencatat 7.3 juta pelancong dengan 3.2 juta daripadanya adalah pelawat antarabangsa dari China, Jepun dan Eropah.

Artikel Berkaitan: