Dua lelaki berpakaian taktikal, bersenjata tiruan ditahan

Antara barangan yang dirampas polis bagi membantu siasatan.
Antara barangan yang dirampas polis bagi membantu siasatan.
A
A
A

PETALING JAYA - Tindakan dua lelaki berpakaian taktikal lengkap bersenjata tiruan ketika festival animasi atau 'cosplay', membawa padah apabila mereka ditahan di sebuah pusat beli-belah di sini pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kedua-dua lelaki berusia 15 dan 24 tahun itu ditahan pada jam 4.30 petang.

"Polis merampas satu laras senjata tiruan jenis M4, sepucuk pistol tiruan jenis Glock dan dua butir bom tangan tiruan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ku Mashariman berkata, semakan rekod mendapati dua individu itu tiada rekod kesalahan lampau.

"Kedua-dua suspek direman selama tiga hari bermula Ahad hingga Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli atau memiliki senjata tiruan dengan sengaja kerana ia menyalahi undang - undang dan tindakan boleh diambil di bawah Akta Senjata 1960," tegasnya.

Artikel Berkaitan: