1,977 kes baharu Covid-19, enam kematian

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Malaysia merekodkan 1,977 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan dua daripadanya kes import, manakala kes aktif dicatatkan adalah sebanyak 27,158.

Portal CovidNow menunjukkan daripada keseluruhan kes pesakit Covid-19 yang masih aktif, sebanyak 25,915 atau 95.4 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah manakala lima pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data itu turut menunjukkan seramai 1,178 pesakit Covid-19 dilaporkan ditempatkan di hospital dengan 60 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Kes sembuh baharu Covid-19 yang direkodkan pada Jumaat ialah 2,018 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,752,216.

Pada masa yang sama, negara ini turut merekodkan enam kematian baharu akibat wabak tersebut pada Jumaat.

Daripada jumlah itu, dua kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Artikel Berkaitan: