Selangor kecualikan fi lesen penjaja, cukai taksiran rumah kos rendah

Kenyataan Sze Han pada Khamis.
Kenyataan Sze Han pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memberikan pengecualian fi lesen penjaja serta cukai taksiran bagi rumah kampung dan kos rendah pada tahun 2023.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han berkata, ia bagi membantu meringankan beban rakyat khususnya warga Selangor yang masih ingin bangkit dalam fasa pemulihan pasca pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, inisiatif yang dilaksanakan untuk kali kelapan sejak 2016 tersebut dijangka memberikan impak kepada hasil kewangan kerajaan Selangor sebanyak RM68.74 juta pada tahun 2023.

"Rakyat Malaysia rata-rata masih menghadapi cabaran seperti kini kadar inflasi yang tinggi, kejatuhan nilai ringgit serta kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) secara berterusan yang memberi kesan kepada pinjaman perumahan dan kenderaan.

"Sebagai usaha untuk membantu meringankan beban rakyat, negeri ini, kerajaan Selangor memutuskan untuk memberi pengecualian fi lesen penjaja serta cukai taksiran bagi rumah kampung dan kos rendah pada tahun 2023," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, walaupun pelaksanaan pengecualian cukai taksiran dan fi lesen penjaja ini dijangka mengakibatkan kehilangan hasil kerajaan negeri sebanyak RM68.74 juta bagi tahun 2023, namun kerajaan Selangor tetap bertekad untuk bersama rakyat dalam menghadapi cabaran kos hidup yang tinggi.

Artikel Berkaitan: