Pembantu tadbir direman kes rasuah tanah kerajaan

Wanita yang bertugas sebagai pembantu tadbir di Pejabat Tanah dan Galian direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu.
Wanita yang bertugas sebagai pembantu tadbir di Pejabat Tanah dan Galian direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu.
A
A
A

IPOH - Tiga individu termasuk seorang wanita yang bertugas sebagai pembantu tadbir di Pejabat Tanah dan Galian direman tujuh hari bermula Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan tanah kerajaan.

Perintah reman ke atas mereka dikeluarkan Majistret Noor Hafiza Ishak selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Ipoh.

Wanita berusia 30 tahun dan dua lelaki yang juga pengarah syarikat berusia 41 dan 50 tahun itu tiba di mahkamah sekitar jam 10.30 pagi memakai baju lokap SPRM dengan menaiki dua kenderaan berasingan.

Mereka disyaki menerima rasuah RM400,000 daripada seorang pemilik syarikat bagi mendapatkan kelulusan permohonan memiliki tanah kerajaan seluas kira-kira 2.2 hektar di daerah Kinta.

Dua pengarah syarikat bersama seorang kakitangan Pejabat Tanah dan Galian direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu.
Dua pengarah syarikat bersama seorang kakitangan Pejabat Tanah dan Galian direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu.

Ketiga-tiga mereka ditahan SPRM pada Selasa antara jam 6.15 hingga 6.25 petang di SPRM Perak untuk siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dilakukan.

"Siasatan termasuk mengesan jika ada individu lain yang turut terbabit dalam kes itu," katanya.

Artikel Berkaitan: