Juruterbang maut akibat cedera di kepala

Juruterbang yang dilaporkan hilang selepas helikopter jenis Eurocopter EC120B kendaliannya terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada Ahad disahkan maut.
Juruterbang yang dilaporkan hilang selepas helikopter jenis Eurocopter EC120B kendaliannya terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada Ahad disahkan maut.
A
A
A

IPOH - Punca kematian juruterbang helikopter jenis Eurocopter EC120B yang maut dalam nahas di Hutan Simpan Chikus, Bidor pada Ahad disahkan akibat kecederaan di kepala.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kecederaan yang dialami mendiang Tsz Kin Richard Chan, 58, warganegara Hong Kong adalah konsisten dengan kemalangan udara.

Bedah siasat mangsa nahas helikopter terhempas di Hutan Simpan Chikus, Bidor dijalankan di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Bedah siasat mangsa nahas helikopter terhempas di Hutan Simpan Chikus, Bidor dijalankan di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

"Hasil keputusan bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan kepala akibat kemalangan penerbangan," katanya ringkas ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Difahamkan, jasad mendiang akan dituntut pada Ahad berikutan keluarganya menetap di luar negara.

Media melaporkan juruterbang yang dilaporkan hilang selepas helikopter jenis Eurocopter EC120B kendaliannya terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada Ahad disahkan maut.

Mayat Richard berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat dari kawasan hutan berkenaan sekitar jam 10.12 pagi selepas 22 jam helikopter berkenaan dilaporkan hilang.

Artikel Berkaitan: