[VIDEO] Juruterbang helikopter terhempas disahkan maut

Bangkai helikopter ditemukan oleh pasukan penyelamat dalam Hutan Simpan Chikus di Bidor. - Foto ihsan PDRM
Bangkai helikopter ditemukan oleh pasukan penyelamat dalam Hutan Simpan Chikus di Bidor. - Foto ihsan PDRM
A
A
A

TAPAH - Juruterbang yang dilaporkan hilang selepas helikopter jenis Eurocopter EC120B kendaliannya terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada Ahad disahkan maut.

Mayat Tsz Kin Richard Chan, 58, warganegara Hong Kong berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat dari kawasan Hutan Simpan Chikus di sini sekitar jam 10.12 pagi selepas 22 jam helikopter berkenaan dilaporkan hilang.

Mohd Yusri (dua dari kiri) ketika ditemui pada sidang akhbar di Balai Polis Bidor di sini.
Mohd Yusri (dua dari kiri) ketika ditemui pada sidang akhbar di Balai Polis Bidor di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian ditemukan dalam kokpit helikopter terbabit.

"Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menemui bangkai helikopter terhempas di hutan terbabit.

"Operasi membawa keluar mangsa dilaksanakan sebelum diterbangkan ke padang sebuah sekolah di Ipoh dan seterusnya di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) berhampiran," katanya kepada pemberita di Balai Polis Bidor di sini pada Isnin.

Bangkai helikopter ditemukan oleh pasukan penyelamat dalam Hutan Simpan Chikus di Bidor. - Foto ihsan PDRM
Bangkai helikopter ditemukan oleh pasukan penyelamat dalam Hutan Simpan Chikus di Bidor. - Foto ihsan PDRM

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik untuk dibedah siasat.

Artikel Berkaitan:

"Keadaan cuaca yang baik memudahkan pasukan melakukan usaha menyelamat yang melibatkan 10 pegawai dan 197 anggota dari pelbagai agensi.

"Lokasi nahas akan dikawal sementara bangkai helikopter akan diserahkan kepada CAAM untuk siasatan lanjut," katanya.

Tambah beliau, pihak syarikat akan memaklumkan kejadian ini kepada keluarga mangsa.