Pahang perlu akui gagal lindungi Tasik Chini

Usaha pemulihan Tasik Chini memerlukan sekurang-kurangnya 20 tahun. (Gambar kecil Chun Kuang)
Usaha pemulihan Tasik Chini memerlukan sekurang-kurangnya 20 tahun. (Gambar kecil Chun Kuang)
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang perlu mengakui kegagalan mereka untuk melindungi status Tasik Chini yang menjadi kebanggaan warga Pahang selepas disenaraikan dalam Rizab Biosfera Dunia pada Mei 2009.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Chan Chun Kuang berkata, kegagalan itu bermula dengan pembinaan empangan air di kawasan tersebut yang menyebabkan pengaliran air tersekat dan pembukaan hutan di kawasan sekitar.

Menurutnya, ditambah pula dengan aktiviti perlombongan haram di kawasan sekitar yang memberi impak yang teruk terhadap Tasik Chini.

"Kalau ikutkan isu pencemaran di Tasik Chini banyak kali disuarakan oleh penduduk-penduduk tempatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Alam Sekitar, pemberita termasuk juga dengan ahli politik daripada pembangkang namun ia dinafikan Kerajaan Pahang sehingga Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO) mendedahkan kemungkinan penarikan status terbabit.

"Lawatan kami ke Tasik Chini mendapati tempat tersebut bukan sahaja tidak lagi kaya dengan pelbagai flora dan fauna serta tiada bunga teratai mahupun seorang pelancong pun situ," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, walaupun Kerajaan Pahang sudah menyiapkan satu laporan terkini untuk dikemukakan kepada UNESCO bagi mempertahankan status terbabit.

Jelasnya, namun Kerajaan Pahang perlu mengakui bahawa Tasik Chini perlu masa yang lama untuk kembali kepada rupa asal.

"Usaha pemulihan Tasik Chini memerlukan sekurang-kurangnya 20 tahun mengikut Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Ia juga bukan sekadar hanya melepaskan benih ikan ke Tasik Chini atau pokok semula, tetapi ia ini perlukan komitmen sepenuhnya daripada Kerajaan Pusat dan Negeri.

Artikel Berkaitan:

"Kedua-dua pihak ini (Kerajaan Pusat dan negeri) bukan hanya perlu bertungkus-lumus dalam mengekal atau mempertahankan status UNESCO Tasik Chini, tetapi mesti menjadikan Tasik Chini, salah satu pilihan utama pelancong tempatan dan luar negara serta memastikan kelangsungan hidup orang asal di kawasan sekitar Tasik Chini," ujar beliau lagi.