Sultan Selangor berkenan rasmi Masjid Ar-Raudhah

Sultan Sharafuddin (depan, kiri) menadah tangan ketika bacaan doa selepas berkenan merasmikan Masjid Ar-Raudhah Puncak Perdana, pada Isnin.
Sultan Sharafuddin (depan, kiri) menadah tangan ketika bacaan doa selepas berkenan merasmikan Masjid Ar-Raudhah Puncak Perdana, pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat merasmikan Masjid Ar-Raudhah, Puncak Perdana, di sini pada Isnin.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Pegawai Daerah Petaling, Mohd Jusni Hashim berkata, masjid berkeluasan 1.82 hektar itu mula dibina pada tahun 2015 dan beroperasi pada Mei 2019.

Menurutnya, rumah ibadah Islam itu dibina dengan nilai kontrak sebanyak RM 13.46 juta yang dibiayai dari sumber Rancangan Pembangunan Malaysia Ke 11 (RMK-11) berjumlah RM 10 juta dan bakinya adalah sumbangan wakaf daripada Yayasan Tan Sri Syed Mokhtar Bohari.

"Masjid ini mampu menampung kapasiti jemaah seramai 2,500 orang pada satu-satu masa.

"Ia dijangka memberi kemudahan ibadat yang kondusif kepada 1.2 juta orang Islam di daerah Petaling khususnya kepada umat Islam tinggal di sekitar taman-taman perumahan berhampiran sini," katanya ketika berucap di majlis perasmian masjid berkenaan, pada Isnin.

Hadir sama ke majlis tersebut ialah Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni serta Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian Selangor, Izham Hashim; Pengarah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi.

Artikel Berkaitan: