'Setiap kali hujan, jalan berlumpur'

Penduduk terpaksa bergotong-royong hampir setiap minggu untuk membaiki jalan yang digunakan untuk ke Kampung Wasai Baru, Kiulu.
Penduduk terpaksa bergotong-royong hampir setiap minggu untuk membaiki jalan yang digunakan untuk ke Kampung Wasai Baru, Kiulu.
A
A
A

TUARAN - Hampir 200 penduduk dari Kampung Wasai Baru, Kiulu, di sini merayu supaya jalan berbukit sejauh kurang daripada 100 meter dapat dinaik taraf segera bagi kemudahan dan keselesaan penduduk termasuk murid sekolah di kampung itu.

Wakil penduduk, Jimy Gohon, 61, berkata, keadaan jalan tidak berturap menuju ke kampung itu menyebabkan penduduk terpaksa mengadakan gotong-royong dengan kerap bagi memastikan laluan itu dapat digunakan.

"Akibat jalan yang rosak, penduduk kampung terpaksa mengambil inisiatif melakukan gotong-royong sehingga tiga kali dalam tempoh sebulan untuk membaiki jalan berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menjelaskan keadaan itu, Jimy mengakui laluan itu pernah dinaik taraf tetapi bukan di kawasan berbukit menuju ke kampung mereka.

"Sebelum ini, memang ada pihak kontraktor menarik taraf jalan itu kepada jalan konkrit tetapi ia hanya melibatkan jalan rata hanya beberapa meter saja.

"Jadi untuk jalan ini yang kurang 100 meter masih teruk dan tanah merah. Kalau hujan sudah tentu jalan berlumpur dan dalam sehingga sukar dilalui," katanya.

Katanya lagi, mujur penduduk kampung bersatu hati sanggup meluangkan masa untuk bergotong-royong membaiki jalan itu.

"Tetapi kami tidak tahan juga kerana hampir setiap minggu terpaksa melakukan gotong-royong terutama selepas hujan lebat.

Artikel Berkaitan:

"Jadi apa yang penduduk kampung harapkan ialah kawasan yang agak curam itu sepatutnya dinaik taraf bagi memudahkan penduduk kampung berulang alik menggunakan laluan itu," katanya.