Sukarelawan Kilau UMP tanam 400 pokok di Tasik Chini

Dr Nurul Hazlina ( tengah) dan Pengarah Urusan NGPP, Datuk Lim Thiam Huat bersama para sukarelawan Program Penanaman Pokok sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di Tasik Chini, Pekan pada Sabtu.
Dr Nurul Hazlina ( tengah) dan Pengarah Urusan NGPP, Datuk Lim Thiam Huat bersama para sukarelawan Program Penanaman Pokok sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di Tasik Chini, Pekan pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Sukarelawan Kilau Universiti Malaysia Pahang ( UMP) berjaya menanam 400 pokok pelbagai spesies bagi menjayakan Program Penanaman Pokok Sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di Tasik Chini, pada Sabtu.

Pasukan sukarelawan terdiri daripada pelajar UMP dan kakitangan Next Green Pulp and Papers (NGPP).

Penolong Naib Canselor Bahagian Kolaboratif Industri dan Masyarakat UMP, Profesor Madya Ir Dr Nurul Hazlina Noordin berkata, program itu sebahagian daripada usaha UMP menyokong kempen penanaman pokok anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).

Menurutnya, pada program itu, sebanyak 400 pokok terdiri daripada jenis Meranti Temak Nipis, Merawan Siput Jantan, Kasai dan Batai berjaya ditanam.

“Program ini sebahagian usaha UMP ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dengan memperkenalkan Projek Alam@UMP di bawah Yayasan UMP dengan kolaboratif pihak industri untuk menjayakan penanaman 5,000 pokok dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Dr Nurul Hazlina berkata, penglibatan UMP dalam program CSR amat bermakna terutama dalam mencapai matlamat memulihara alam sekitar melalui aktiviti penanaman pokok.

"Usaha ini juga dapat memperkasakan initiatif itu dengan menyampaikan mesej mengenai kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan warisan alam semula jadi kepada pelbagai lapisan masyarakat.

"Pada masa sama, aktiviti ini turut menyumbang kepada kriteria dalam penarafan UI Green Metric," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, pihak UMP merakamkan penghargaan terima kasih atas sumbangan 1,000 anak pokok daripada Next Green Pulp and Papers Sdn Bhd dalam menjayakan program tersebut.