Lufya, anak hadir beri keterangan di IPD Petaling Jaya

Lufya Omar
Lufya Omar
A
A
A

PETALING JAYA - Polis mengesahkan pelakon Lutfyah Sheikh Omar atau Lufya Omar telah hadir memberi keterangan bersama anaknya berhubung kes cubaan culik di sebuah taman permainan di Kota Damansara di sini pada 26 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Lufya hadir bersama anaknya pada Rabu untuk proses keterangan lanjut dan lakaran fotofit wajah suspek.

"Polis sudah sudah selesai mengambil keterangan daripada pelakon wanita terbabit selepas dia sendiri tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan memberi kerjasama baik untuk merakam keterangan bagi membantu siasatan.

"Kanak-kanak itu telah dirujuk kepada Pusat Temubual Kanak-kanak (CIC) untuk diambil keterangan," katanya.

Fakhrudin
Fakhrudin

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Forum Kesedaran Anti-Scam 'Jangan Jadi Mangsa Scam' di Dewan Komuniti Bandar Utama 11, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, lakaran fotofit suspek juga sudah diambil dan polis sedang mengesan lelaki terbabit.

"Setakat ini suspek hanya seorang dan usaha mengesannya sedang dijalankan," katanya.

Artikel Berkaitan: