Anak hampir diculik, polis minta Lufya buat laporan

PETALING JAYA - Polis masih tidak menerima laporan daripada pelakon, Lufya Omar berhubung percubaan menculik anaknya yang didakwa terjadi di sebuah padang permainan di Kota Damansara di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid sehubungan itu menasihatkan mangsa tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan dibuat.
"Setakat ini kita masih belum menerima laporan sebagaimana dakwaan tersebut.
"Kami nasihatkan mangsa supaya segera tampil untuk membuat laporan polis agar siasatan lanjut dapat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Lufya menerusi satu hantaran Instagram miliknya pada Selasa mendakwa dirinya cedera akibat dipukul di bahagian kepala dan badan menggunakan kayu oleh seorang lelaki tempatan sekitar jam 4 petang.
Katanya, walaupun mengalami kecederaan akibat serangan tersebut, Lufya berjaya melawan dan menyelamatkan dirinya serta anak perempuannya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Polis buru dua lelaki lolos pemeriksaan
08 November 2026 09:10pmLelaki miliki 11 rekod lampau ditahan rogol anak saudara
08 November 2026 08:45pmKereta peronda dinaiki dua anggota polis terbabas elak monyet
08 November 2026 08:31pmIsa Isarb ditahan di Indonesia ketika buat dokumentari jerebu, disyaki perisik dari Malaysia
08 November 2026 08:04pm[VIDEO] Terengganu bakal lantik wakil kaum Cina daripada parti Gerakan sebagai ADUN lantikan
08 November 2026 05:56pmDatuk bandar mengamuk, dua doktor 'berasmara' dalam bilik berkunci ketika hospital sibuk
08 November 2026 07:15amPelajar UPNM bawa bapa hidap kanser tinggal di kampus
08 November 2026 07:30amSerangan siber: 'Sudah seminggu kami 'berkampung', berjaga-jaga demi negara'
08 November 2026 08:21amLelaki bunuh isteri, enam ahli keluarga mangsa termasuk ibu mentua
08 November 2026 08:15am- Iklan -- Iklan -
