Hujan lebat, ribut petir di beberapa negeri sehingga tengah hari

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Jumaat mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga jam 12 tengah hari ini.

MetMalaysia menerusi ciapan di Twitternya memaklumkan keadaan cuaca tersebut dijangka melibatkan daerah Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang di Selangor serta seluruh Melaka.

Sementara di Terengganu, ia melibatkan kawasan Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang manakala Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru).

Situasi di Sarawak pula melibatkan Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.