Piala FA: Sanusi sokong Terengganu FC

Tangkap layar akaun TikTok rasmi Muhamamd Sanusi menggayakan jersi Terengganu FC dalam satu majlis.
Tangkap layar akaun TikTok rasmi Muhamamd Sanusi menggayakan jersi Terengganu FC dalam satu majlis.
A
A
A

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi sokongan kepada Terengganu FC bagi perlawanan Piala FA pada Sabtu ini.

Muhamamd Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah turut yakin bahawa sokongan rakyat Malaysia juga akan memihak kepada Terengganu FC berbanding Johor Darul Ta’zim (JDT).

Katanya, hanya orang Johor saja yang akan menyokong pasukan dari selatan tanah air itu manakala mereka yang berada di negeri lain akan memihak kepada Terengganu.

"Saya sokong Terengganu FC sebab isteri saya orang Terengganu dan setakat ini, saya belum kahwin orang Johor lagi. Lagipun biasanya orang macam saya sentiasa sokong pasukan 'underdog'," katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontinjen Kedah sempena Sukan Malaysia (Sukma) di Dewan Seri Mentaloon di sini pada Khamis.

Baru-baru ini tular di media sosial klip video durasi 21 saat memaparkan Muhammad Sanusi menggayakan jersi Terengganu FC dalam satu majlis.

Klip video itu kemudiannya mengundang pelbagai reaksi daripada netizen mengenai sokongan akan diberikan Muhammad Sanusi kepada negeri pantai timur itu.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi tetap berlapang dada sekiranya Terengganu kalah dalam perlawanan akhir itu nanti.

"Kalau kalah, saya akan terima dengan berlapang dada. Tetapi tetap sokong Terengganu," katanya.

Artikel Berkaitan: