Wanita direman kes tipu wang pelaburan tidak wujud

Seorang wanita direman bagi membantu siasatan mengenai kes penipuan pelaburan wang tidak wujud.
Seorang wanita direman bagi membantu siasatan mengenai kes penipuan pelaburan wang tidak wujud.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang wanita direman selama dua hari di Mahkamah Majistret Sungai Petani berhubung kes penipuan pelaburan tidak wujud, Jun lalu.

Wanita berusia 23 tahun itu direman bermula 8 hingga 9 September ini bagi membantu siasatan mengenai pelaburan wang yang membabitkan kerugian mencecah RM1.2 juta.

Permohonan reman dibenarkan Majistret Nurul Ainna Ahmad dan selesai kira-kira jam 11.10 pagi.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam skim pelaburan itu ditahan polis ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling secara sukarela pada jam 4 petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, setakat ini pihaknya menerima sebanyak 33 laporan polis daripada mangsa yang dikatakan terlibat dalam skim pelaburan berkenaan sehingga mencecah kerugian RM1.2 juta.

Dalam kejadian awal Jun lalu, seorang mangsa yang merupakan pembantu kedai berusia 30 tahun telah membuat laporan polis membolehkan kertas siasatan telah dibuka.

Mangsa tertarik dengan satu iklan di laman sosial Facebook yang menjanjikan pulangan wang lebih besar membolehkan mangsa membuat lebih banyak transaksi.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, apabila sampai tempoh dijanjikan, keuntungan yang dijanjikan tidak diperoleh dan mangsa mendakwa suspek menghilangkan diri.