Tidak ada penjara VIP untuk pesalah rasuah

Mohd Firdaus dalam program Kompas Rasuah Busters bertajuk Jatuh Pemimpin Kerana Korupsi disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian, pada Rabu.
Mohd Firdaus dalam program Kompas Rasuah Busters bertajuk Jatuh Pemimpin Kerana Korupsi disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian, pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Majistret, Mohd Firdaus Ramlan mengakui tidak ada sebarang fasiliti khas seperti bilik tahanan atau penjara orang kenamaan (VIP) yang disediakan dalam penjara untuk golongan banduan termasuk pesalah rasuah.

Mohd Firdaus yang merupakan bekas banduan atas kesalahan rasuah di Penjara Kajang berkata, konsep di dalam penjara adalah semua banduan akan dilayan seperti biasa sama ada dari segi penjagaan serta pemakanan.

Katanya, ketika dipenjarakan, dia hanya diasingkan selama 14 hari yang pertama sebelum bercampur dengan banduan-banduan lain.

“Hanya ada satu tilam nipis dan dibekalkan dengan selimut. Dari segi makanan pula, semua sama.