Cubaan pemandu lori seleweng 2,000 liter diesel gagal

Pegawai penguat kuasa KPDNHEP Perak membuat pemeriksaan terhadap sebuah lori yang dikesan melakukan pengisian berulang kali di Taiping.(Gambar kanan : KPDNHEP Perak menemui enam tangki fiber yang disyaki berisi minyak diesel dalam lori berkenaan. Foto: ihsan KPDNHEP Perak)
Pegawai penguat kuasa KPDNHEP Perak membuat pemeriksaan terhadap sebuah lori yang dikesan melakukan pengisian berulang kali di Taiping.(Gambar kanan : KPDNHEP Perak menemui enam tangki fiber yang disyaki berisi minyak diesel dalam lori berkenaan. Foto: ihsan KPDNHEP Perak)
A
A
A

TAIPING - Cubaan seorang lelaki menyeleweng diesel dengan menggunakan lori yang diubah suai gagal selepas dia ditahan di sebuah stesen minyak di Batu 2 1/2, Jalan Simpang di sini pada Selasa.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak mengesan sebuah lori yang dalam keadaan mencurigakan telah membuat pengisian berulang kali di beberapa stesen minyak sekitar jam 4.30 petang.

Pengarahnya, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, pasukan penguat kuasa melakukan pemeriksaan selepas mengesyaki berlakunya penyelewengan bahan api bersubsidi itu.

"Pemeriksaan terhadap lori yang bertutup kanvas itu menemukan enam tangki fiber yang disyaki berisi minyak diesel dalam lori berkenaan.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati tangki asal minyak lori telah diubah suai dengan menyambungkan saluran kepada enam tangki berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, pemandu lori berusia 28 tahun itu telah ditahan untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut.

Tambahnya, pihaknya telah menyita lori termasuk enam tangki berisi kira-kira 2,000 liter disyaki diesel dianggarkan berjumlah RM77,300.

"Siasatan awal mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen atau permit bagi membeli minyak diesel dalam kuantiti yang banyak daripada Pengawal Bekalan Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Lori ini mengisi minyak diesel di beberapa stesen sekitar Taiping sebelum dikumpul di suatu kawasan di Pulau Pinang dan dijual kepada pihak tertentu," katanya.

Saifullizan berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.