Pejalan kaki warga Myanmar maut dilanggar

Lokasi kejadian lelaki warga Myanmar maut di Kilometer 49 Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Pasir Penambang di sini pada malam Selasa.
Lokasi kejadian lelaki warga Myanmar maut di Kilometer 49 Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Pasir Penambang di sini pada malam Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang pejalan kaki warga Myanmar maut selepas dilanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz di Kilometer 49 Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Pasir Penambang di sini pada malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian jam 11.45 malam itu berlaku apabila pemandu SUV berusia 37 tahun dalam perjalanan dari Terengganu menuju ke Sabak Bernam.

Beliau berkata, ketika pemandu kereta itu berada di lorong kanan pejalan kaki berusia 29 tahun berkenaan bertindak melintas jalan

Katanya, pemandu Perodua Aruz yang terkejut dengan kehadiran pejalan kaki itu cuba mengelak ke kiri, namun tidak sempat dan terlanggar mangsa.

"Akibat pelanggaran itu pejalan kaki terbabit tercampak ke atas jalan dan mengalami cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandu SUV pula tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk bedah siasat.

"Orang ramai atau waris yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhamad Najmi Abd Rahman ditalian 017-8028105.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.