Pemasaran bahan cetak perlu dipergiat

Najmi (kiri) bersama salah seorang pengunjung di reruai Jabatan Penerangan PBAKL.
Najmi (kiri) bersama salah seorang pengunjung di reruai Jabatan Penerangan PBAKL.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemasaran bahan bercetak perlu dimantapkan bagi menyaingi perkembangan era teknologi digital.

Pengarah Bahagian Penerbitan dan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia, Najmi Mustapha berkata, fakta yang mengatakan bahan bercetak seperti buku dan majalah tidak lagi relevan adalah tidak tepat.

Menurutnya, meskipun bahan cetak tidak lagi mendominasi sumber utama penyampaian maklumat namun ia tidak boleh dipinggirkan.

"Buku mempunyai nilai sentimental yang boleh disimpan dan digunakan untuk rujukan pada masa akan datang.

"Berbeza dengan bahan dalam bentuk digital yang mudah hilang apabila berlakunya masalah teknikal," katanya.

Katanya, walaupun perlu bersaing dengan teknologi digital namun permintaan bahan bacaan bercetak masih ada.

"Buktinya reruai Jabatan Penerangan Malaysia di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) terus dikunjungi orang ramai sehingga buku-buku kenegaraan yang diterbitkan Jabatan Penerangan kehabisan stok dan ditambah setiap hari," katanya.

Orang ramai yang belum berkesempatan ke PBAKL di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) boleh meluangkan masa hujung minggu ini sebelum acara tahunan itu melabuhkan tirainya Ahad ini.

Artikel Berkaitan: