Hibah terendah: PH yakin pengundi Rantau faham

Mahfuz bercakap kepada media selepas ceramah umum di Sendayan di sini, malam ini. - Foto Sinar Harian
Mahfuz bercakap kepada media selepas ceramah umum di Sendayan di sini, malam ini. - Foto Sinar Harian
A
A
A

SEREMBAN - PH yakin pengundi di DUN Rantau tidak akan marah dan faham berkaitan kadar hibah Tabung Haji yang diumumkan hari ini sebagai yang terendah dalam sejarah.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini kerana rakyat tahu bahawa hibah yang rendah ini berpunca daripada penyelewengan pengurusan oleh kerajaan terdahulu.

"Kita akan jelaskan dalam kempen dan saya percaya pengundi di Rantau matang untuk lihat ia bukan disebabkan kerajaan PH tetapi kerajaan terdahulu. Malah, kerajaan hari ini yang selamatkan Tabung Haji agar berada di landasannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hibah TH pada kadar 1.25 peratus

"Saya fikir pengundi Rantau khususnya umat Islam yang merupakan pendeposit Tabung Haji tidak marah. Malah, saya percaya mereka berterima kasih kepada kerajaan PH," katanya kepada media selepas ceramah umum di Sendayan di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam ceramahnya Mahfuz mendakwa kerajaan terdahulu mampu membayar hibah yang tinggi kerana berlaku manipulasi akaun Tabung Haji.

"Memanglah dulu boleh dapat banyak (hibah).

Tahun ini sikit sebab bila kita audit akaun 2017, Tabung Haji rugi RM4.1 bilion.

Artikel Berkaitan:

"Macam mana rugi tiba-tiba boleh bayar banyak?

Mungkin berlaku manipulasi akaun, dividen yang diberi bukan daripada keuntungan tapi ambil daripada duit pendeposit," dakwanya.