James lanjut kontrak lima tahun bersama Chelsea

Reece James
Reece James
A
A
A

BEK kanan Chelsea, Reece James menandatangani kontrak baharu lima tahun bersama kelab itu yang menyaksikan dia akan kekal di Stamford Bridge sehingga tahun 2027.

Dengan menandatangani kontrak baharu itu, turut menjadikan James pemain pertahanan dengan bayaran tertinggi dalam sejarah kelab.

“Saya gembira dengan kontrak baharu dan berterima kasih kepada peminat, pemilikan baharu dan semua yang terlibat dalam kelab.

Saya tidak sabar untuk melihat apa yang akan berlaku pada masa depan, dan pasti kami berpeluang memenangi banyak trofi. Saya dibesarkan untuk menyokong kelab ini dan berada di sini sejak berumur enam tahun.

"Saya menandatangani kontrak baharu kerana ini kelab yang saya mahukan. Saya gembira untuk untuk kekal bersama kelab ini,” ujarnya.

James menyertai Chelsea pada usia enam tahun, membuat penampilan sulung pasukan utama menentang Grimsby Town dalam Piala EFL pada September 2019; menjaringkan satu dan membantu dua gol.

Pemain pertahanan itu telah membuat 128 penampilan untuk The Blues di semua pertandingan, menjaringkan 10 gol.

Artikel Berkaitan: