Wanita Kerajaan Perpaduan lafaz lima tekad bersama

Lima tekad dilafazkan pada akhir Konvensyen Wanita Kerajaan Perpaduan yang pertama kali diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Ahad.
Lima tekad dilafazkan pada akhir Konvensyen Wanita Kerajaan Perpaduan yang pertama kali diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lima tekad dilafazkan pada akhir Konvensyen Wanita Kerajaan Perpaduan yang pertama kali diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Ahad.

Tekad tersebut dilafazkan bersama perwakilan konvensyen sebelum ditandatangani semua ketua wanita 19 parti politik dalam Kerajaan Perpaduan.

Acara menandatangani dokumen berkenaan disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bacaan ikrar tekad itu diketuai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Lima tekad berkenaan adalah:

Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dengan memastikan kesepakatan rakyat agar masyarakat majmuk di Malaysia menjalani kehidupan dalam suasana harmoni dan sejahtera.

Menjadi peneraju utama dalam pembangunan komuniti masyarakat Madani.

Melaksanakan agenda pemerkasaan Wanita bagi memastikan wanita memainkan peranan dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Memastikan pembabitan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam membuat keputusan di setiap peringkat demi memastikan hak serta kepentingan wanita terpelihara dalam konteks mengupaya dan mencapai kesaksamaan.

Memastikan wanita mendapat pembelaan dan perlindungan dari aspek kebajikan, keselamatan, pendidikan, sosial dan hak asasi manusia.

Beri peluang wanita pegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan - Aiman Athirah

Sementara itu, kerajaan diminta memberi akses sama rata kepada wanita dalam semua sektor pekerjaan termasuk diberikan peluang menjawat posisi tinggi sektor awam seperti Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Negara.

Ketua Wanita Pakatan Harapan, Aiman Athirah Sabu berkata, bidang-bidang yang perlu diberikan keutamaan kepada wanita antaranya dalam proses pengeluaran, modal, kredit, bantuan teknikal, latihan dan sokongan sosial seterusnya dapat memberikan mereka sekuriti kewangan.

"Tatkala kami (wanita) mencapai sekuriti kewangan dalam aktiviti keusahawanan, maka anak-anak kami akan berdaya akal pintar.

"Yang lelaki akan menjadi cergas di kalbu jiwa dan di minda benaknya manakala yang perempuan akan menjadi kekuatan bersama-sama anak lelaki iaitu melengkapi ikhtiar kita menguruskan negara, seterusnya dunia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Wanita Perpaduan sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WRCKL) di sini pada Ahad.

Aiman Athirah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjelaskan, apabila golongan wanita berjaya mencapai sekuriti kewangan juga ia akan mewujudkan masyarakat Madani.

"Usahlah dilihat wanita dalam konteks beban dwi peranan lagi, iaitu wanita harus menjadi ibu dan isteri ketika ikut bekerja.

"Kami telah melihat misalnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menjadi ibu, isteri dan dalam masa yang sama memimpin bangsa dan negara, bahkan konsisten menjadi enabler (pemboleh) pada apa yang kita nikmati kini iaitu sebuah Kerajaan Perpaduan di mana parti-parti politik berbeza akhirnya upaya dipersaudarakan," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berlangsung hari ini

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tak sangka markas UMNO jadi tempat penyatuan semua parti'

ARTIKEL BERKAITAN: MCA gesa kerajaan tawar inisiatif potongan cukai

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bukan masa cari salah, tunding jari' - Mohd Hasbi

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kita pemimpin dari rakyat, bukan atas rakyat’ - Noraini

ARTIKEL BERKAITAN: Libatkan anak muda dalam proses buat keputusan

ARTIKEL BERKAITAN:'Contohi Australia, didik keperluan mengundi seawal 7 tahun'

ARTIKEL BERKAITAN:Wujudkan satu kerangka jelas tingkat ekonomi