2,244 kes baharu Covid-19, sembilan kematian

Sebanyak 2,244 kes baharu Covid-19 direkodkan di dalam negara pada Sabtu dengan empat daripadanya adalah kes import. - Foto 123rf
Sebanyak 2,244 kes baharu Covid-19 direkodkan di dalam negara pada Sabtu dengan empat daripadanya adalah kes import. - Foto 123rf
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 2,244 kes baharu Covid-19 direkodkan di dalam negara pada Sabtu dengan empat daripadanya adalah kes import.

Ia menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak tersebut kepada 4,789,552.

Menerusi data di laman sesawang CovidNow, sejumlah sembilan kematian akibat Covid-19 dicatatkan pada Sabtu dengan dua daripadanya membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Sementara itu, negara turut merekodkan 30,197 kes aktif Covid-19 dengan 28,853 daripadanya atau 95.5 peratus merupakan kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Sebanyak 1,251 kes lagi mendapat rawatan di hospital dengan 75 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 40 pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Seramai 3,302 pesakit dilaporkan pulih menjadikan jumlah keseluruhannya kepada sebanyak 4,723,112.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!