KSN galas tanggungjawab urus hal ehwal Islam kebangsaan

Sultan Sharafuddin (kanan) menyampaikan watikah pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan kepada Mohd Zuki pada Khamis.
Sultan Sharafuddin (kanan) menyampaikan watikah pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan kepada Mohd Zuki pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) berkuat kuasa 30 Jun 2022 sehingga 29 Jun 2024.

Menerusi kemas kini di Facebook Selangor Royal Office, Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-259 yang bersidang pada 30 Jun lalu memperkenan pelantikan tersebut.

Menurut kenyataan itu, Persidangan Ketua-Ketua Jabatan atau Majlis Agama Islam seluruh Malaysia dinaik taraf kepada Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan untuk membincangkan perkara dasar pengurusan hal ehwal Islam.

"Keanggotaan jawatankuasa ini terdiri daripada wakil Majlis Agama Islam Negeri-Negeri setelah mendapat perkenan raja pemerintah negeri itu, dan pengarah jabatan agama Islam negeri-negeri dan dua ahli yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja," menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Pada Khamis, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi MKI berkenan mengurniakan watikah pelantikan itu di Istana Bukit Kayangan, di sini.

Hadir menyaksikan majlis tersebut ialah ahli lantikan Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan yang lain serta bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

Artikel Berkaitan: