DUPP terima usul penyatuan ummah, tolak kerjasama dengan PH

Tuan Mohd Saripudin
Tuan Mohd Saripudin
A
A
A

YAN - Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) sebulat suara menerima usul agenda penyatuan ummah dan menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Pusat yang berlangsung pada Jumaat.

Usul yang dibacakan Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail itu disokong majoriti daripada lebih 150 perwakilan yang hadir dan akan dibahas pada Muktamar Tahunan Pas ke-68 yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah mulai Sabtu.

Usul berkenaan menjelaskan tentang peranan Pas untuk menyatu padukan parti politik Melayu Islam di bawah agenda penyatuan ummah dan sekali gus menolak sebarang kerjasama politik dengan PH dalam pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Pas hendaklah memainkan secara proaktif untuk satukan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan Melayu Islam supaya kekuatan politik Melayu Islam dapat disatukan di bawah satu agenda penyatuan ummah," katanya ketika membentangkan usul di Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Pusat kali ke-61 di Dewan Serbaguna Guar Chempedak di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, strategi satu lawan satu juga perlu dilaksanakan bagi mengelak pertembungan sesama sendiri antara parti-parti politik teras Melayu di kawasan majoriti pengundi melayu Islam supaya tidak berlaku perpecahan undi.

"Ini kerana tindakan itu hanya akan menguntungkan PH dan cara ini akan mengukuhkan jumlah kerusi Muslim," katanya.

Artikel Berkaitan: