Kastam rampas minuman keras seludup bernilai RM1.56 juta

MUHAMMAD AMINURALIF MOHD ZOKI

Penolong Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia(JKDM) Zon Tengah Mohammad Sabri Saad (kiri) menunjukkan antara arak dirampas dalam sidang media di Pejabat Kastam Diraja Malaysia(JKDM) di Kelana Jaya di sini pada Jumaat.

A
A
A

PETALING JAYA - Dua kontena mengandungi minuman keras dipercayai diseludup bernilai RM1.56 juta berjaya dirampas di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang pada Selasa.

Penolong Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Zon Tengah, Mohammad Sabri Saad berkata, operasi itu dijalankan Cawangan Operasi Bahagian Penguatkuasaan JKDM Unit I Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

"Dalam rampasan pertama, kita berjaya menahan sebuah kontena bersaiz 40 kaki di dalam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang mengandungi minuman keras (bir) disyaki barang larangan berjenama melibatkan 25,920 liter dengan anggaran nilai RM207,360.

"Rampasan kedua pula melibatkan penahanan sebuah lagi kontena bersaiz 40 kaki di lokasi sama mengandungi minuman keras terlarang berjumlah 16,710.66 liter dengan anggaran nilai RM127,450," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Penolong Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia(JKDM) Zon Tengah Mohammad Sabri Saad (kiri) menunjukkan antara arak dirampas dalam sidang media di Pejabat Kastam Diraja Malaysia(JKDM) di Kelana Jaya di sini pada Jumaat.
Penolong Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia(JKDM) Zon Tengah Mohammad Sabri Saad (kiri) menunjukkan antara arak dirampas dalam sidang media di Pejabat Kastam Diraja Malaysia(JKDM) di Kelana Jaya di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, kedua kes terbabit sedang disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

"Minuman keras adalah barang larangan di bawah Butiran 3, Jadual Ketiga/Bahagian I, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

"Pengimportan barang dagangan itu tertakluk kepada syarat ditetapkan mengikut Peraturan 42(1), Peraturan-Peraturan Kastam 2019 dimana memerlukan lesen import dan setem cukai yang diluluskan Ketua Pengarah Kastam Malaysia," katanya.

Artikel Berkaitan: