KPDNHEP gempur premis alat ganti kenderaan tiruan

KPDNHEP merampas pelbagai alat ganti kenderaan tiruan bernilai RM716,400 dalam serbuan di sebuah premis di Batu Caves, Gombak pada Selasa.
KPDNHEP merampas pelbagai alat ganti kenderaan tiruan bernilai RM716,400 dalam serbuan di sebuah premis di Batu Caves, Gombak pada Selasa.
A
A
A

GOMBAK - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggempur sebuah premis di Taman Sri Batu Caves, di sini dan merampas alat ganti kenderaan tiruan bernilai RM716,400, pada Selasa.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, operasi itu dijalankan sepasukan anggota KPDNHEP Cawangan Gombak kira-kira jam 10.30 malam.

Menurutnya, pemeriksaan menemui 2,388 unit alat ganti kenderaan tiruan dianggarkan bernilai RM716,400 yang disimpan di dalam premis terbabit.

"Seorang lelaki berusia 48 tahun yang juga pemilik premis turut ditahan semasa serbuan berkenaan.

"Hasil daripada pengesahan dan pengecaman awal mendapati alat ganti kenderaan tersebut adalah tiruan dan kes disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, KPNDHEP akan bertindak tegas serta tidak berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang khususnya melibatkan perlindungan harta intelek yang juga merupakan antara salah satu kepentingan awam.

Tegasnya, pengguna juga diminta menyalurkan maklumat dan sebarang pertanyaan berkaitan perlakuan tidak beretika dalam ekosistem perdagangan domestik boleh disalurkan menerusi WhatsApp di talian 019-2794317 atau 019-8488000, Portal e-aduan.kpdnhep, Call Centre 1-800-886-800 dan emel e-aduan@kpdnhep.gov.my.

Artikel Berkaitan: