Lebih 5,000 meriahkan sambutan Merdeka di Pahang

Anggota keselamatan negara mengambil bahagian perarakan sempena Hari Kebangsaan ke-65 peringkat negeri Pahang di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 4, pada Rabu.
Anggota keselamatan negara mengambil bahagian perarakan sempena Hari Kebangsaan ke-65 peringkat negeri Pahang di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 4, pada Rabu.
A
A
A

KUANTAN - Lebih 5,000 pengunjung memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 peringkat negeri Pahang di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 4 di sini, pada Rabu.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli hadir memeriahkan sambutan julung kali yang diadakan selepas dua tahun tiada sebarang penganjuran akibat wabak Covid-19.

Majlis sambutan turut dimeriahkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Rosdy dan barisan Exco Kerajaan Pahang.

Sambutan kemerdekaan kali ini membabitkan perarakan 126 kontinjen melibatkan 3,102 orang.

Ribuan tetamu mulai membanjiri padang MBK 4 sejak jam 7 pagi bagi melihat perarakan daripada pelbagai agensi kerajaan, pasukan badan beruniform, pancaragam sekolah dan perarakan kenderaan dan kelab.

Persatuan basikal klasik mengambil bahagian pada perarakan Hari Kebangsaan ke-65 peringkat negeri Pahang di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 4 di sini pada Rabu.
Persatuan basikal klasik mengambil bahagian pada perarakan Hari Kebangsaan ke-65 peringkat negeri Pahang di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 4 di sini pada Rabu.



Sambutan terbabit diterjemahkan melalui tiga segmen iaitu gabungan, pergendangan muhibah pelbagai kaum, Melayu, Cina serta India.

Deklamasi puisi oleh waris pejuang tanah air Mat Kilau, Mohd Al Hamadi Abu Bakar dan diikuti Gerak Seni Bela Diri daripada pesilat negara, Mohd Al Jufri Jamari bersama

Sambutan itu diakhiri dengan gabungan lagu tema, "Keluarga Malaysia, Teguh Bersama" yang dijayakan oleh pelajar sekolah menengah dan rendah seluruh Pahang.

Artikel Berkaitan:

Kemuncak sambutan Hari Kebangsaan ke-64 di sini turut dihidangkan dengan aksi pertunjukan udara jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Segmen pertunjukan udara TUDM itu dibarisi pesawat pejuang iaitu Sukhoi SU30MKM.

Kemeriahan sambutan kali ini menunjukkan semangat perpaduan Keluarga Malaysia dan keterujaan dalam meraikan Hari Kebangsaan 2022.