Dr Mahathir positif Covid-19

Dr Mahathir Mohamad
Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan positif Covid-19 pada Rabu.

Pejabat Dr Mahathir dalam kenyataan berkata, susulan itu Ahli Parlimen Langkawi berkenaan dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

“Dr Mahathir telah dimasukkan ke IJN untuk pemantauan buat beberapa hari seperi yang dinasihatkan oleh pasukan kesihatan,” katanya.

Kali terakhir Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu dimasukkan ke IJN awal Januari tahun ini untuk menjalani prosedur perubatan elektif.

Pada 16 Disember tahun lalu, media melaporkan Dr Mahathir turut dimasukkan ke institut itu untuk menerima rawatan sama.

Dr Mahathir sebelum ini pernah mendapat serangan jantung pada tahun 1989 dan dua lagi serangan jantung pada tahun 2006 iaitu setahun kemudian beliau menjalani pembedahan pintasan kuadrup.

Artikel Berkaitan: