Ahli majlis MPJ direman kes pukul adik OKU

No Image Caption
A
A
A

JEMPOL - Seorang ahli Majlis Perbandaran Jempol (MPJ) direman empat hari bermula Ahad lalu bagi membantu siasatan dakwaan memukul adiknya seorang orang kurang upaya (OKU) Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, suspek berusia 40-an itu ditahan susulan laporan diterima pada Sabtu lalu.

"Hasil siasatan awal mendapati, mangsa lelaki yang berusia 39 tahun telah dipukul oleh suspek dengan menggunakan objek dan dicucuh dengan api.

"Mangsa telah dibawa ke Hospital Jempol untuk pemeriksaan lanjut dan disahkan mempunyai kecederaan pada bahagian perut dan belakang badan," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Selasa.

Menurutnya, mangsa kini menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Chang Hook berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum dengan penjara selama tempoh boleh sampai sepuluh tahun atau denda, atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

"Setakat ini, siasatan masih dijalankan dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan.

"Orang awam yang mempunyai pengetahuan atau maklumat berkenaan kes ini diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: