'Terima kasih semua penaja Bekwoh Sugho Anok Kelate 2022'

MySinar berjaya menyatukan 26 NGO anak-anak Kelantan di perantauan melalui Bekwoh Sugho Anok Kelate 2022 pada Ahad lalu.
MySinar berjaya menyatukan 26 NGO anak-anak Kelantan di perantauan melalui Bekwoh Sugho Anok Kelate 2022 pada Ahad lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pertubuhan Sinar Prihatin Malaysia (MySinar) merakamkan ucapan terima kasih kepada semua barisan penaja yang menjayakan Bekwoh Sugho Anok Kelate 2022 sempena Jualan Gudang Karangkraf pada Ahad lalu.

Presiden MySinar, Mohd Raizuli Jusoh berkata, penajaan diterima daripada pelbagai pihak dalam bentuk kewangan, barangan dan juga peralatan.

"Sebanyak 31 kawah sugho (bubur asyura) telah dimasak oleh 26 badan bukan kerajaan (NGO) anak-anak Kelantan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan pada program yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf.

"Jadi terima kasih buat semua penaja dan diharap mereka semua akan terus sertai program ini pada tahun depan yang akan dibuat pada skala lebih besar iaitu kita sasarkan untuk memasak sekurang-kurangnya 50 kawah," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Menurut Mohd Raizuli, barisan penaja itu adalah Kerajaan Negeri Kelantan; Agrobank; Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC); RedOne Network Sdn Bhd (RedOne); Miezza Jewels Sdn Bhd; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Exco Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah.

Turut menaja, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad; Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail.

Selain itu, tajaan juga diterima daripada Kumpulan Karangkraf, Sinar Karangkraf Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Permuafakatan Ramahmesra Parlimen Ketereh (Perapat), Persatuan Anak Kelantan Saujana Utama (Paksu), Airdome Event Solution, Rentak Santai Live (RSL), TRW Lembah Klang, Gabungan Pendikir Lembah Klang (GPLK) dan Persatuan Anak Kelantan Puncak Alam (Kakpa).

Artikel Berkaitan: