1,000 peserta alunkan surah Al-Sajdah

Suasana Malaysia #QuranHour di Masjid Qaryah Paroi Jaya.
Suasana Malaysia #QuranHour di Masjid Qaryah Paroi Jaya.
A
A
A

SEREMBAN - Penganjuran Malaysia #QuranHour yang berlansung di Masjid Qaryah Paroi Jaya di sini bersempena Hari Kebangsaan ke-65 pada Selasa mencapai sasaranya dengan penyertaan 1,000 peserta yang hadir.

Pengerusi masjid berkenaan, Mohamad Fadzilah Zulkafly berkata, daripada jumlah itu sebahagian peserta itu merupakan pelajar sekolah dan anak-anak tahfiz dari 45 buah sekolah.

"Penganjuran program ini juga mampu menarik orang ramai terutamanya golongan muda untuk mengimarahkan masjid sekali gus menjadikan budaya membaca al-Quran sebagai satu amalan.

"Selain itu, pemilihan Surah Al-Sajdah pada kali ini sangat bertepatan dalam membentuk mukmin sejati yang tunduk dan patuh pada seruan ALLH SWT," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Selasa.

Dalam pada itu, menurut isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang berikutan ia memberi manfaat kepada orang Islam.

Sementara itu, Sinar Harian sebelum ini melaporkan seperti tahun-tahun sebelumnya, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan menjadi rakan sinergi dalam mengimarahkan program berkenaan.

Seleas dua tahun tidak dapat mengadakan program ini secara besar-besaran, tahun ini ia kembali diadakan dengan melibatkan lebih ramai penyertaan, antaranya daripada warga sekolah, maahad tahfiz, agensi dan jabatan kerajaan termasuk barisan kepimpinan.

Pembacaan al- Quran diketuai oleh empat orang qari iaitu Radzi Muhiddin, Yusof Kamarudin Al Malik Faisal dan Lt (PA) Raja Mohd Kamarularif Raja Ismail.

Artikel Berkaitan:

Pentadabbur pula ialah Pensyarah Jabatan al-Quran dan Sunnah, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Syed Mohamad Zainudin Bichk Koyak.