Pemuda maut rempuh treler parkir tepi jalan

Jagatish Kumar Ramasi, 20, merupakan pemandu Mitsubishi Triton telah tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
Jagatish Kumar Ramasi, 20, merupakan pemandu Mitsubishi Triton telah tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
A
A
A

PASIR GUDANG - [DIKEMAS KINI] Seorang pemuda maut selepas pacuan empat roda dipandu melanggar belakang sebuah treler yang sedang parkir di tepi Jalan Senangin 6, Taman Pasir Putih di sini pada Selasa.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih, Pegawai Bomba Kanan II Noor Azhan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 4.01 pagi.

"Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan pancuan 4 roda jenis Mitsubishi Triton melanggar treler yang sedang parkir di tepi jalan.

"Terdapat seorang mangsa, Jagatish Kumar Ramasi, 20, merupakan pemandu Mitsubishi Triton telah tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

"Bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan operasi tamat jam 4.50 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Artikel Berkaitan: