Lelaki maut kereta dipandu langgar belakang lori

Pemandunya kereta Perodua Ativa maut selepas terlibat kemalangan di Kilometer 29.5 Lebuhraya Utara Selatan, Kulai pada Khamis
Pemandunya kereta Perodua Ativa maut selepas terlibat kemalangan di Kilometer 29.5 Lebuhraya Utara Selatan, Kulai pada Khamis
A
A
A

KULAI - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 29.5 Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Yusof Othman berkata, anggota trafk di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima maklumat kejadian tersebut pada jam 7 pagi.

"Kemalangan melibatkan kereta Perodua Ativa dengan sebuah lori Hino. Kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta tersebut menghala ke utara telah hilang kawalan lalu melanggar belakang lori itu dari arah sama di lorong kiri.

"Mangsa seorang lelaki berusia 39 tahun cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kenderaan akan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.