Penagih ditahan dengan motosikal curi

Motosikal disyaki curi yang dirampas.
Motosikal disyaki curi yang dirampas.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua lelaki berdepan hukuman penjara selepas ditahan bersama sejumlah dadah disyaki syabu, di Kampung Maju Jaya, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, suspek berusia 20 dan 22 tahun itu ditahan kira-kira jam 3 petang di kediaman mereka hasil daripada maklumat yang diterima.

"Ketika serbuan dilakukan, polis telah menemui sejumlah dadah dalam satu peket kecil disyaki jenis syabu.

"Selain itu, suspek juga didapati memiliki satu peralatan yang disyaki digunakan untuk menghisap barangan terlarang itu," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Taib berkata, hasil saringan ujian air kencing yang dijalankan turut mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine

Sementara itu, beliau berkata, pemeriksaan lanjut di kediaman itu kemudiannya turut menemui sebuah motosikal jenis Honda Ex5.

"Motosikal itu telah diubahsuai disyaki adalah motosikal curi berdasarkan keadaan nombor casisnya yang telah diganggu," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Artikel Berkaitan: