Akta dana politik baik untuk negara menjelang PRU15: Pas

Pelepasan Larian Peserta Merdeka Fun Run 2022 Kolej Komuniti Pasir Mas di Pasir Pekan, Tumpat, pada Isnin.
Pelepasan Larian Peserta Merdeka Fun Run 2022 Kolej Komuniti Pasir Mas di Pasir Pekan, Tumpat, pada Isnin.
A
A
A

TUMPAT - Akta Pendanaan Politik yang digubal akan membantu memberi kesan baik kepada negara terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, akta tersebut akan mewujudkan masa depan politik lebih telus dan menambah baik suasana politik dalam negara.

Katanya, bagaimanapun penjelasan secara terperinci berkenaan akta tersebut belum diperoleh.

“Saya menyokong ketelusan disebutkan sebagai reformasi Parlimen dan kerajaan.

“Saya yakin Pas juga akan memainkan peranan besar dalam membantu untuk menubuhkan akta yang dapat membawa kebaikan ini,” katanya ketika ditemui selepas Pelepasan Larian Peserta Merdeka Fun Run 2022 Kolej Komuniti Pasir Mas di Pasir Pekan, pada Isnin.

Hadir sama Pengarah Komuniti Pasir Mas, Fathuddin Aizat Che Mohd Ariff.

Che Abdullah berkata, bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada akta tersebut akan dapat diluluskan sebelum PRU15 atau sebaliknya kerana bergantung kepada keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Amat baik kalau dapat diselesaikan sebelum PRU kerana pertandingan dibararkan berlangsung di atas padang sama rata,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau yakin seandainya tidak sempat diluluskan sebelum PRU15, usaha mengadakan Akta Pendanaan Politik akan tetap disambung pada persidangan Parlimen akan datang.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, Muktamar Pas kali ke-67 yang bakal berlangsung di Alor Setar, Kedah pada awal September depan tidak melibatkan pemilihan.