Pejalan kaki maut dilanggar kereta

Keadaan kereta yang dipercayai hilang kawalan lalu melanggar seorang pejalan kaki di Lebuhraya Sultan Iskandar pada Ahad.
Keadaan kereta yang dipercayai hilang kawalan lalu melanggar seorang pejalan kaki di Lebuhraya Sultan Iskandar pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, dalam kejadian jam 7.55 pagi, seorang lelaki berusia 22 tahun memandu kereta Perodua Bezza hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar seorang lelaki yang sedang berjalan kaki.

"Akibat daripada pelanggaran tersebut, mangsa mengalami cedera parah di kepala dan maut di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Noor Dellhan berkata, kes itu disiasat oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-20719999 atau hotline Trafik Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69," katanya.

Artikel Berkaitan: