Siang cakap lain, malam pula lain

Ahmad Zahid menyampaikan ucapan pada Taklimat Khas Presiden UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). - FOTO: ROSLI TALIB
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan pada Taklimat Khas Presiden UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). - FOTO: ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada malam Sabtu nampaknya tidaklah sehangat dan sepanas seperti suasana Taklimat Khas Presiden pada sebelah petang.

Difahamkan mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu berlangsung dalam suasana yang harmoni.

Mengikut sumber dalaman UMNO, tiada langsung desakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO untuk membubarkan Parlimen.

Ia berbeza dengan laungan berkobar-kobar Ahmad Zahid yang meminta semua jentera parti itu dan BN bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada bila-bila masa semasa taklimat khas itu.

Malah, beliau dengan tegas memberitahu akan membawa mandat rakyat untuk menyegerakan PRU15 dalam mesyuarat MKT UMNO.

Bagaimanapun, sumber berkata, nada Ahmad Zahid amat berbeza dan mengatakan akan berbincang dengan Ismail Sabri berkenaan tarikh PRU15.

"Dalam Mesyuarat Khas MKT, presiden tiba-tiba kata tarikh PRU15 akan dibincangkan dengan PM. Suasana juga harmoni, tak ada pergaduhan.

"Petang tadi (Sabtu), dia (Zahid) yang panaskan mereka yang hadir (perwakilan) nak cepatkan PRU. Siapa tipu siapa sebenarnya?" soalnya.

Artikel Berkaitan:

Perkara itu turut disahkan oleh beberapa ahli MKT UMNO yang menjelaskan mesyuarat itu tidak membangkitkan secara terperinci mengenai pilihan raya.

Ahmad Zahid (kanan) bersalaman dengan Ismail Sabri (kiri) pada Mesyuarat Khas MKT UMNO di WTCKL pada malam Sabtu.
Ahmad Zahid (kanan) bersalaman dengan Ismail Sabri (kiri) pada Mesyuarat Khas MKT UMNO di WTCKL pada malam Sabtu.

Taklimat Khas Presiden UMNO yang diadakan di WTCKL itu bagi memberikan sokongan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini meringkuk di Penjara Kajang selama 12 tahun.

Najib didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.