'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) bersalaman dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) pada Mesyuarat Khas MKT UMNO di WTCKL pada malam Sabtu.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) bersalaman dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) pada Mesyuarat Khas MKT UMNO di WTCKL pada malam Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Objektif utama perbincangan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam Sabtu masih lagi untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.

"Baru selesai tiga jam mesyuarat MKT. Semua adalah baik.

"Kita boleh jadi bising dan riuh rendah pada masa-masa tertentu, tetapi akhirnya cara UMNO yang menang. Solidariti dan setiakawan.

"Objektif utama masih memenangi PRU15 untuk membawa kestabilan dan kemakmuran kepada negara," katanya dalam ciapan di Twitternya pada Sabtu.

Pada Sabtu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam Sesi Taklimat Khas berkata, mesyuarat MKT parti pada malam ini akan membincangkan persediaan jentera parti ke arah PRU15.

Artikel Berkaitan: