Piala FA: Terengganu isytihar 11 September cuti peristiwa

Terengganu mengisytiharkan 11 September sebagai cuti peristiwa sempena perlawanan akhir Piala FA 2022. (gambar dalam : Ahmad Samsuri)
Terengganu mengisytiharkan 11 September sebagai cuti peristiwa sempena perlawanan akhir Piala FA 2022. (gambar dalam : Ahmad Samsuri)
A
A
A

KERAJAAN negeri Terengganu bersetuju mengisytiharkan 11 September ini iaitu Ahad sebagai cuti peristiwa bagi Terengganu sempena perlawanan akhir Piala FA 2022 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Facebook rasmi beliau susulan kejayaan Terengganu FC (TFC) mara ke perlawanan akhir Piala FA bertemu dengan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Sabtu, 10 September.

Menurut Ahmad Samsuri, pengisytiharan cuti pada Ahad sama ada menang atau kalah adalah bagi memberi keselesaan dan memastikan keselamatan penyokong Terengganu supaya tidak terburu-buru untuk pulang selepas tamat perlawanan.

"Susun dan atur masa perjalanan pulang dengan baik tanpa perlu tergesa-gesa kerana ruang masa yang ada masih panjang.

"Kerajaan negeri juga berharap penyokong TFC dapat mengutamakan keselamatan diri dan tidak terlibat dengan sebarang insiden yang tidak sepatutnya.

"Sentiasa menunjukkan akhlak dan adab yang baik sebagai rakyat Terengganu ketika menyaksikan perlawanan tersebut," katanya di sini pada Ahad.

Beliau turut menitipkan pesanan kepada pemain pasukan TFC supaya memberikan fokus maksimum dan mempersembahkan aksi yang terbaik pada perlawanan tersebut.

"Ia supaya dapat merealisasikan harapan kita untuk membawa pulang Piala FA diiringi ribuan penyokong ke Terengganu," katanya.

Artikel Berkaitan: