Rakyat kecewa jika Najib bebas: Tun M

Mahathir disambut lebih 2,000 penyokong yang hadir sempena Jelajah Sayang Bangsa Negeri Perak pada Sabtu.
Mahathir disambut lebih 2,000 penyokong yang hadir sempena Jelajah Sayang Bangsa Negeri Perak pada Sabtu.
A
A
A

IPOH - Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad yakin, rakyat negara ini akan kecewa sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan daripada hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Menurut beliau, pembebasan bekas Perdana Menteri itu bukanlah perkara mustahil kerana masih mempunyai peluang melalui pengampunan Yang di-Pertuan Agong.

"Memang ada orang yang berkuasa lepaskan Najib, sama ada nak dilepaskan atau tidak, itu terpulang bukan saya yang tentukan.

"Agong boleh buat apa juga keputusan, tetapi kalau kita tanya orang ramai, orang seperti itu dilepas dan dibebaskan, (maka) akan kecewalah rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Jelajah Sayang Bangsa Negeri Perak di Tapak Funfair Pasir Puteh di sini pada Sabtu.

Perak menjadi negeri kedua Jelajah Sayang Bangsa selepas Kedah.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, banyak bukti telah dikemukakan di mahkamah sepanjang empat tahun ini yang akhirnya membuktikan Najib bersalah.

"Mahkamah buat keputusan selepas mendengar kes selama empat tahun, bukan satu mahkamah, tetapi tiga dan sembilan hakim, mereka buat keputusan berasaskan bukti-bukti jelas yang ditunjukkan di mahkamah.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi yang dijawab, semua ini tidak betul, semua ini bohong, (jika begitu), kita tak payah ada mahkamah," katanya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah meminta ahlinya supaya menyokong petisyen pengampunan terhadap Najib.

Pada 16 Mei 2018, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan pengampunan penuh tanpa sebarang syarat oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!